Rentokil Initial adalah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan antarabangsa yang mempunyai lebih dari 66,000 rakan sekerja di 70 buah negara.
Kami berusaha untuk melindungi orang ramai dan meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik, contohnya dengan mengawal makhluk perosak dan meningkatkan mutu kebersihan.
Kami pakar dalam bidang kami dan melabur dalam latihan, sains, inovasi dan teknologi.
Mendengar dan bertindak di atas maklum balas adalah sebahagian daripada budaya kami untuk menyokong rakan sekerja dan pelanggan kami. Rentokil Initial menganggap kesetaraan dan keadilan adalah hak asasi semua rakan sekerjanya.
Kami terapkan nilai-nilai Perkhidmatan, Hubungan dan Kerja berpasukan yang kami telah tanam ke dalam diri rakan-rakan sekerja kami di seluruh dunia.
Ketahui dengan lebih lanjut di careers.rentokil-initial.com
_ Dalam peranan ini, anda akan bertanggungjawab untuk: _
_ SEMUA JANTINA DARI PELBAGAI BANGSA ADALAH DIGALAKKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN INI _
_ Calon yang ideal memiliki: _
_ Sangat Diingini Jika Anda: _
Mempunyai pengalaman dalam bidang Pest Control.
Berdisiplin dan mampu mematuhi semua polisi dan dasar Syarikat.
Boleh bekerja lebih masa.
Berupaya untuk berbahasa Melayu dan juga memahami bahasa Inggeris mudah (penulisan dan percakapan).
Boleh menggunakan telefon pintar dan celik IT/teknologi.
Ganjaran dan Faedah
Anda akan dialu-alukan oleh rakan-rakan sekerja yang ramah, mantap, berdaya saing, bermotivasi tinggi, dan fokus untuk mencapai matlamat dan hasil.
Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh, mari sertai pasukan kami dengan MEMOHON SEKARANG!
Peluang Sama Rata
Rentokil Initial percaya dalam menyokong semua pekerja dengan menyediakan peluang yang sama dan mengelakkan diskriminasi. Kami juga memberi penekanan kepada kepelbagaian di tempat kerja. Ini bermaksud, kami serius untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif yang menerima perbezaan setiap individu, menghargai kekuatan mereka dan memberikan peluang kepada semua rakan sekerja untuk mencapai potensi penuh mereka. Adakah anda ingin menyediakan perkhidmatan profesional yang bernilai untuk komuniti anda? Adakah anda yakin yang anda mampu melakukan kerja ini dengan baik? Mohonlah hari ini!
Lokasi cawangan ini:
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd
Cawangan Klang Valley (Pest Control)
Rentokil Initial (M) Sdn Bhd. No. 7 Jalan Utarid U5/13, Seksyen U5, 40150 Shah Alam
(Harap maklum, pejabat operasi cawangan ini terletak di Shah Alam, manakala kawasan servis adalah di sekitar Kuala Lumpur & juga Selangor)
...and caring people to join our team in supporting youth andadults with disabilities... ...Summary Opportunity Builders, Inc (OBI) Direct Support Professionals are responsible for providing direct... ...Direct Support Professional (DSP) to successfully perform the essential...
**Senior Manager, Consulting****Insurance Consulting****Remote****ABOUT US**Cognizant is one of the world's leading professional services companies, transforming clients' business, operating, and technology models for the digital era. Our unique industry-based, consultative...
Senior Financial Analyst IV Location Centennial, CO : Position: Senior Financial Analyst IV :... ...The Senior Financial Analyst (IV) will work with business leaders in our ECS division... ...Panorama Office site; Monday, Friday-work from home. What's In It For You At Arrow, we...
...Investment Banking Intern Seeking a hardworking MBA passionate about investment banking. You may get involved withanalysingmarkets, creating complex financialmodels, producing prospectusesand performing valuations. Responsibilities and Duties ~ Conduct market...
Revive Caring is a mobile wound care group, providing care to our geriatric patients in New York and New Jersey now seeking an NP or PA who is... ...mobility. Revive Caring hires the most qualified and dedicated Nurse Practitioners and Physician Assistants to try to ensure...